Menurut fakta yang ada, buah kiwimengandung dua kali lipat jumlah vitamin C berbanding oren (108.9 miligramvitamin C dalam setiap 100 gram buah kiwi), dua kali lipat vitamin E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbanding yang lain. Kiwi sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit diabetis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah dan mengandungi kandungan fiber yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.
kata Pengurus Pemasaran Zespri International, Daniel Mathieson, "Bagi sesetengah pengguna, nilai nutrisi mempengaruhi mereka untuk membeli sesuatu. Fakta mengenai kebaikan buah kiwi sudah lama diketahui dan tidak hairanlah ia kini digemari oleh mereka yang mementingkan kesihatan menyeluruh,"
Menurutnya, buah kiwi sesuai dimakan mentah, dimasukkan dalam masakan dan boleh juga dimakan bersama kulitnya. Secara purata, buah kiwi menyediakan kandungan cadangan harian (RDV) vitamin C dan juga bahan lain seperti folat, potasium dan zink yang mana sangat penting untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh.
Tambahnya lagi, ketakutan warga seluruh dunia mengenai penyebaran wabak influenza H1N1 juga menyebabkan mereka lebih berhati-hati dengan pengambilan makanan. "Kini kebanyakan orang mula bertukar kepada makanan atau buah-buahan yang kaya dengan bahan imunisasi seperti buah kiwi," kata Mathiesen.
Sementara itu, Pakar Terapi Nutrisi, Dr Norzita Mohd Yusof berkata, buah kiwi merupakan pilihan diet yang mudah dan amat sesuai bagi kanak-kanak serta orang dewasa. "Anda hanya memerlukan sebiji kiwi segar, potong kepada dua bahagian dan gunakan sudu untuk mencedok isinya,"
Menurutnya lagi, buah kiwi amat sesuai dijadikan amalan diet harian sejak dari usia kanak-kanak lagi memandangkan mereka kini sangat terdedah kepada makanan berproses. "Untuk kanak-kanak, sebiji buah kiwi sudah memadai untuk membantu mereka melawan penyakit biasa seperti selesema, demam dan sembelit. Bayi berusia satu tahun ke atas juga boleh diberi buah kiwi yang dijadikan puri atau dilenyek halus,".
Dengan pengambilan buah kiwi setiap hari katanya, kita tidak perlu lagi bergantung kepada suplemen tambahan berbentuk pil atau minuman kerana buah kiwi mengandungi semua jenis khasiat yang diperlukan oleh badan.